FREE DESSERT BOX FOR JULY & AUGUST BABIES @ CHAIN FERRY, BUTTERWORTH (T&C Apply) ORDER NOW
search

Review Kek Buah Kukus Danial Hadi

*Saya tidak menerima apa2 bayaran untuk produk review ini. 

Kalau boleh beli, kenapa nak buat sendiri? 

Kek buah kukus dari Danial Hadi, boleh beli dari Shopee. Memang moist dan sedap. Paling suka kombinasi buah yang seimbang. Danial menggunakan loyang besi untuk kukus, produk siap kemudian dipindahkan ke bekas plastik. Ini sangat penting untuk elakkan pencemaran kimia dalam makanan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan plastik dalam oven, boleh rujuk post ini dari Puan Faiza

Kek buah memang sentimental sikit untuk saya. Masa kecil, belum ada mixed fruit readymade. Masa nak buat untuk Christmas, nenek akan mula bebel dari bulan September. Kena beli buah, kena potong buah. Rasa buah kena seimbang. Kena potong kecil2. Ceri kena potong macam ini. Raisin kena hiris macam tu. 
Bila mixed fruit mula dijual, dia tak setuju. Dia kata wajib kena beli buah dan potong kecil2. 🤣 Tapi rasa kek buah dia memang lain. Dan susah nak jumpa kek macam kek buah nenek. Kek buah kukus ini yang paling dekat dengan apa yang suka. 

Saiz kek dalam 500g, harga promosi RM49 dan dihantar dalam bekas plastik. Penghantaran dibuat melalui J&T dan sampai dalam dua hari dari tarikh order. 

Thank you Danial, untuk kek yang sangat sedap. 


Your cart is currently empty.

Continue shopping