PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Eggless Basque Burnt Cheesecake

Resipi: Eggless Basque Burnt Cheesecake

Eggless Basque Burnt Cheesecake

Burnt Cheesecake ini menggunakan susu pekat manis untuk menggantikan telur jadi akan rasa susu pekat dan creamy cream cheese.Tahap manis bergantung pada jenis susu manis yang digunakan.


BAHAN

 375g cream cheese, suhu bilik 

150g susu pekat manis (Jika suka sedikit manis boleh tambah 20 g lagi) 

45g gula kastor 

150g  plain yogurt 

3 sudu besar tepung jagung 

35g susu tepung

1/4 + 1/8 sudu teh baking powder

1 1/2 sudu teh vanilla extract 

190ml dairy whipping cream


KAEDAH: 

1. Pukul cream cheese dan susu pekat manis hingga licin dan sebati pada kelajuan sederhana.

2. Masukkan gula kastor dan yogurt. Pukul sehingga sebati pada kelajuan sederhana sebelum masukkan bahan lain.

3. Setelah sebati, tambahkan tepung jagung, susu tepung dan baking powder. Campur sehingga sebati.

4. Akhirnya, masukkan whipping cream dan esen vanilla, pukul untuk 15-20 saat pada kelajuan tinggi.

5.  Guna loyang saiz 6 inci. Bakar pada suhu 200°C selama 25-35 minit bergantung pada suhu oven anda. 



***Guna Condensed Milk bukan Krimer Manis

Resipi ini menghasil satu kek tinggi 6 inch

Bila cheesecake sudah sejuk, simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman sebelum dipotong.



“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”










Older post Newer post