PJJ INTERNATIONAL DESSERTS (150+ RESIPI + 5 EBOOK) HARGA PROMO RM60 UNTUK SEHINGGA 21 JANUARI MAKLUMAT LANJUT
search

Idea Untuk Photoshoot Produk Makanan Anda


Ada yang bertanya saya tips untuk ambil gambar yang elok.  Saya ni tak lah pandai sangat dan masih belajar nak mahirkan diri. Food photography tak sama macam foto biasa macam pemandangan etc. sebab banyak benda kita kena fikir nak jadikan food kita walau simple mana pun nampak menarik. So, ini perkara yang selalu saya buat sebelum menghasilkan foto2 saya. 

1. Cari idea yang sesuai dari Pinterest atau Instagram Saya ada satu akaun Instagram private untuk simpan gambar2 yang saya berkenan bila terjumpa di blog2 atau Instagram orang lain. Idea saja tau, bukan cilok sebiji2.


2. Bila dah terfikir konsep yang kita nak, sediakan props mcm piring,  cawan, linen dan cutlery yang sesuai. Kebanyakan props saya beli dari kedai-kedai secondhand seperti JBR Bundle, Cash Converters, Jalan-jalan Japan. Kalau koleksi props belum banyak,  guna apa yang ada di rumah saja.  Selalu pilih yang warna2 neutral dan cerah. Ingat ya,  props ni hanya 'pelakon tambahan' saja tau.  Jangan over sangat sampai orang confuse siapa 'hero' sebenar dalam gambar tu. 


121115210_4875544329137569_1941736155354888972_o.jpg

3. Now, nak start ambik gambar. Belajar sikit2 tentang food styling dari Youtube.  Macam mana nak buat kek simple pun nampak menarik. Deco la sikit2 kalau kek tu plain sangat guna buah2an,  bunga etc. 


4. Pastikan ada cahaya semulajadi. Semua shooting saya buat di satu sudut khas di rumah saya,  betul2 tepi tingkap. 


5. Siapkan background. Kalau meja makan kita dah cantik,  tak ada masalah. Kalau tidak,  guna kain @ alas meja warna cerah @ neutral.  Jangan guna yang warna garang2 nanti subjek kita tenggelam sebab nak bersaing dengan warna background. 


6. Mula susun atur subjek utama (kek) kita.  Tambah dengan 'pelakon tambahan'.  Kat sini saya guna figurine Winnie the pooh, mangkuk kecil, garpu dan buah2. Ini kalau nak cerita memang panjang tapi cuba Google search tentang Composition food photo. 


121006946_4870910619600940_2919457261132187820_o.jpg

7. Selalu gunakan  layering utk subjek kita nampak menarik.   Untuk gambar Kek Medovik di atas saya guna 5 layering pada kek. 


i. background putih (plywood dan saya sapu dengan kapur kasut sekolah anak)


ii. fabrik merah kotak2 utk compliment warna kek yg neutral dan matching dengan warna strawberi.


iii. marble slabs (fungsinya untuk canai roti, popular di India. Agak mahal harganya tapi rezeki saya jumpa di kedai bundle RM3 sahaja).  


iv. kek (subjek utama) 


v. deko buah2an tu. Ini termasuk dalam layering juga.  


8. Snap la sebanyak mana gambar yang anda suka. Ada 3 angle yg boleh guna. Straight on ( kamera sama level dengan subjek), 45 darjah dan overhead shooting atau yang popular orang panggil flatlay.
 
9. Mula edit.  Saya guna free apps Snapseed.  Kalau tak tau, belajar dari tutorial dia atau YouTube.  So,  untuk gambar2 saya, yang paling banyak saya adjust ialah:



Detail: Untuk buat gambar sharp 

Curve: Untuk manipulate cahaya

Tune image : Selalu naikkan shadow & kurangkan highlight. 

Blur image: Untuk dapatkan teknik bokeh, subjek sharp tapi props belakang2 dia mcm kabur. 


Banyak nak cerita ni dan saya pun belum mahir semua features dia.  


10. Selesai semua,  boleh la post gambar kita.  

Boleh tengok ig saya, @kukie.lover  kalau nak tengok gambar2 lain yang saya shoot.  Takda la hebat sangat tapi boleh laa untuk yang tak pro mcm kita2 ni. 

**** Untuk dapat satu gambar yang kita betul2 puashati, penat tau. Lagi2 yang umur dah masuk setengah abad dan lutut pun dah mula pandai komplen macam saya. Berulang alik sebab nak tukar props kalau tetiba rasa tak sesuai, dah habis shoot nak kemas lagi. Satu gambar je kadang2 lebih setengah jam. Tapi bila akhirnya gambar jadi cantik, itulah kepuasan kita.

Jangan jemu belajar.  'Guru' saya hanyalah Youtube,  Instagram dan food blogger lain. Kalau ada bajet, boleh join kelas2 berbayar secara PJJ. Minat saya bermula dari rasa ingin tahu macam mana gambar orang boleh cantik tapi gambar aku err..err.. 


Saya letak di sini beberapa gambar yang saya pernah shoot.  Ada satu gambar lasagna yang ada produk tu buat saya berjaya menang antara 5 hadiah utama contest dari Brahims Food


Harap tips saya membantu.


120959568_4875545402470795_7879224315992201505_o.jpg121213045_4875545825804086_869203967225114436_o.jpg121183463_4875544839137518_861371424799767603_o.jpg
121159317_4875487639143238_5044273422127816942_o.jpg120956710_4875489582476377_864881474550842833_o.jpg121056040_4875487009143301_5794021156183890938_o.jpg
120973406_4875488732476462_7574855056837766173_o.jpg121229972_4875489205809748_1020547453943719129_o.jpg121028977_4875488145809854_2418380869803415578_o.jpg


Older post

Your cart is currently empty.

Continue shopping