TOLONG BACA INFO PRODUK SEBELUM ORDER / NO URGENT ORDER | MCO BAKER'S AID - 124,570KG TEPUNG, 83,250KG GULA | NORDICWARE BATCH 1 - BELUM SAMPAI MALAYSIA CONTACT
Cart 0

Resipi: Japanese Cheese Cake

Resipi: Japanese Cheese Cake
82932982_2466447036928739_7373230469405474816_n.jpg

RESIPI JAPANESE CHEESE CAKE 
Kredit: Suzana Hassim 

BAHAN A
250g cream cheese
50 g unsalted butter
100ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 susu kecil garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

BAHAN B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon

KAEDAH:
1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler.
2. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
5. Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).


Newer post