PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resepi: Biskut Double Chocolate Chip

Resepi: Biskut Double Chocolate Chip

BISKUT DOUBLE CHOCOLATE CHIP

Biskut Double Chocolate Chips atau Biskut Chocolate Chips versi 'gelap' kerana dua jenis coklat dimasukkan di dalam adunan iaitu serbuk koko dan chocolate chips. Biskut ini sangat sesuai untuk disediakan para hari yang isitimewa.


BAHAN

1 cawan mentega unsalted (227g), suhu bilik

1/2 cawan gula kastor

3/4 cawan gula perang

2 biji telur

1 1/2 sudu teh esen vanilla

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan serbuk koko

3/4 sudu kecil baking soda

1/4 sudu kecil garam

1 1/2 - 2 cawan coklat chip (semisweet)

1/2 cawan badam cincang (almond nib), bakar seketika


KAEDAH

 1. Panaskan pada suhu 170°C.

 2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking soda dan garam.

3. Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih. 

4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang. 

5. Dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sebati.

6. Masukkan pula coklat chip dan badam. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan doh seketika.

7. Griskan dulang dan lapik dengan kertas baking. 

8. Scoop dengan pencedok ice cream atau sudukan adunan di atas dulang dengan jarak yang jauh kerana biskut akan mengembang apabila dibakar.

9. Bakar selama 15-20 minit.(bergantung pass oven masing-masing)



Older post Newer post