PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resepi: Biskut Bangkit Cheese

Resepi: Biskut Bangkit Cheese

BISKUT BANGKIT CHEESE

biskut Bangkit Cheese yang cair di dalam mulut. Sekali dah masuk mulut, confirm tak boleh nak berhenti mengunyah.Sedap dan Cheesey.


BAHAN


A

250g mentega, lembutkan pada suhu bilik

180g gula aising, diayak



B

2 biji kuning telur, gred A



C

250g tepung ubi, disanggai

230g tepung jagung

1/2 sudu teh serbuk penaik

80g parutan cheddar cheese (guna jenama kraft)



D

kuning telur, untuk disapu

Parutan cheddar cheese, untuk ditabur


KAEDAH

1. Pukul A hingga lembut dan berkrim.

2. Masukkan B, pukul lagi.

3. Masukkan C dan uli hingga menjadi doh. 

4. Canai dan terap. Sapu atasnya dengan kuning telur & tabur sedikit keju. 

5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak pada suhu 160C.

6. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam bekas kedap udara.



Older post Newer post