PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resepi : Nasi Beriani Kambing Adabi

Resepi : Nasi Beriani Kambing Adabi

NASI BERIANI KAMBING ADABI

Rasa dia sedap cukup rasa! Aroma semerbakk satu rumah! Kari kambing Adabi  tu boleh jugak beli di Shoppee.


BAHAN  

Kari kambing adabi 2 tin (boleh jgk guna daging/ayam)

Beras basmati 4 pot (basuh & rendam air 15-30minit) 

Tomato 1biji (potong dadu)

Bawang besar 1biji (hiris nipis)

Halia 2inci (hiris nipis)

Rempah 3 sekawan

3helai daun pandan

3 biji cili besar hijau / merah

Susu cair separuh cawan

Planta (1 senduk)

Telur rebus ikutlah berapa biji

Kiub pati ayam separuh

Air 1 tin kari kambing

Sedikit garam


KAEDAH


FB_IMG_1624417677412.jpg

1. Panaskan planta & tumis rempah 3sekawan. Masukkan halia & masak sehingga kekuningan.


FB_IMG_1624417680900.jpg

2. Masukkan bawang besar & daun pandan. Masak sehingga layu.


3. Masukkan kiub pati ayam, tomato & susu fresh. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan kari kambing & garam. Masukkan air dan biarkan mendidih.


4. Masukkan beras dan biarkan sebati dengan kuah. Tak payah lama lama sangat.


FB_IMG_1624417683328.jpg

5. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan telur rebus dan cili besar. Masak seperti biasa. Sesekali jenguk dan kacau kacau nasi tu jika perlu.


FB_IMG_1624417685960.jpg

Dah siap, bolehlah hidang! 




“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”





Older post Newer post