PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Baked Macaroni with Meatball Creamy Sauce

Resipi: Baked Macaroni with Meatball Creamy Sauce

Baked Macaroni with Meatball

Makaroni goreng ini versi kurang pedas sesuai untuk kanak-kanak dan semua jamuan khas.


Bahan untuk Creamy Sauce

1 cawan susu segar 

2 sudu besar buttercup/marjerin 

1 sudu besar tepung gandum


Bahan untuk Macaroni

1 cawan macaroni

garam & minyak 

1 bungkus bebola daging 

1 labu bawang merah (dicincang halus)

2 ulas bawang putih (dihentak & dicincang halus) 

1 cawan daging hancur/kisar 

1 sudu kecil lada hitam (dikisar halus)

1 batang carrot (dipotong dadu) 

1 lada benggala hijau (dipotong dadu) 

1 tin sos prego (300G)


KAEDAH: 

1. Bahan untuk creamy sauce perlu dimasak atas api yang kecil hingga sedikit pekat

2. Macaroni rebus hingga empuk dengan sedikit garam dan minyak  (ditepikan)

3. Bebola daging (dibasuh) goreng bersama minyak hingga garing 

4.Masukkan bawang merah dan bawang putih.Tumis sehingga naik bau

5. Masukkan daging kedalam tumisan tadi

6. Letak lada hitam dan garam secukupnya

7. Masukkan carrot & lada benggala hijau kedalam bhn tumisan tadi.Masak hingga air daging tadi sedikit kering

8. Masukkan sos prego kedalam bahan tadi, diikuti dgn bebola daging yang telah kita gorengkan tadi

9. Masak lagi hingga kuah mendidih

10. Masukkan macaroni yg telah direbus dan kacau rata.Matikan api.

11.Turn on oven, panaskan dalam 10min dgn suhu 170 

12. Susun bebola daging dan macaroni kedalam aluminium foil.Curah creamy sos atasnya.

13.Tabur mozzarella cheese.Bakar selama 20min atau hingga cheese mencair.Sedia dihidang



***macaroni perlu direndam selama 30 minit sebelum direbus

 



“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”









Older post Newer post