PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Bone Broth

Resipi: Bone Broth

BONE BROTH

Mengandungi banyak khasiat yang melindungi sendi, membantu melawan osteoartritis,membantu mengurangkan keradangan dan melegakan usus.
Ia juga boleh membantu mendapatkan tidur yang lebih baik dan menyokong penurunan berat badan.Salah satu sumber kolagen yang baik.


BAHAN

1.5kg tulang (marrow bones), kalau nak masukkan sikit isi daging pun okay. Yang ada lemak pun lagi okay (lemak sihat).

Daun parsley

2-3 batang celery

1 labu bawang putih, hiris halus/chopped

2 sudu besar apple cider vinegar or fresh lemon juice

2-3 bay leaves (optional)

1 sudu besar sea salt or pink Himalayan salt

Sedikit lada hitam

8-10 cawan air, cukup untuk cover tulang sahaja



KAEDAH

1. Bakar tulang dalam oven. Bakar sehingga kering selama 1 jam suhu 220c.

2. Masukkan semua bahan dalam periuk, bergantung kepada jenis periuk masing- masing. Gunakan pressure cooker pun boleh. Saya selalu guna slow cooker & masak guna low setting & dibiarkan sup direneh semalaman.

3. Kalau guna periuk biasa mungkin kena masak lama, 6-10 jam memang lebih sesuai guna pressure cooker / slow cooker.

4. Bila dah masak, boleh asingkan antara tulang dan isi dengan sup yg terhasil. 

5. Simpan di dalam peti sejuk supaya boleh gunakan bila-bila masa.

6. Biasanya bila disejukkan, sup akan kental disebabkan bone broth yang sejuk akan berbentuk jeli. Boleh panaskan semula bila nak makan.

7. Masukkan daun sup untuk lebih sedap.

8. Letak sayuran kalau suka.



Older post Newer post