PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Candy Kelapa

Resipi: Candy Kelapa

Candy Kelapa

Candy ini manisan yang diperbuat daripada kelapa parut segar,susu pekat dan majerin.Boleh sediakan pada waktu pagi, petang nanti boleh dimakan.Lagi sejuk, lagi sedap. Cuma bukan sejuk dalam peti ais. Suhu biasa sahaja. Ia kerana apabila dah betul-betul sejuk, barulah gulanya akan mengeras dengan elok


BAHAN

1kg kelapa parut segar

2 tin susu pekat 

400g gula pasir

2 sudu besar esen vanilla

2 sudu besar majerin

Secubit garam

Pewarna makanan



KAEDAH: 

1. Campur semua bahan,masak sampai kering.

2. Masukkan dalam loyang, biarkan ia mengeras dan sedialah untuk dihidang.



“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”










Older post Newer post