PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Char Kuey Teow Konjac

Resipi: Char Kuey Teow Konjac

CHAR KUEY TEOW KONJAC

Char kuey teow ni memang lain sikit berbanding kuey teow goreng yang kita biasa masak dekat rumah tu sebab rasa udangnya lebih ‘kick’, kuahnya pun sedap, basah-basah , pekat dan kalori rendah.


BAHAN

Sedikit coconut oil untuk menumis

3-4 ulas bawang putih

1 paket kuey teow konjac

3 sudu besar pes cili (saya blend sendiri)

250g udang saiz kecil/sederhana

1-2 tauhu dipotong kecil

1/2 cawan taugeh

1/4 cup

1-2 biji telur

Sedikit garam himalaya secukup rasa

Sedikit air

Sedikit daun sup, cili potong dan bawang goreng untuk penambah rasa/hiasan.



KAEDAH

1. Toskan kuey teow konjac dan rendam dalam air panas 30 minit.

2. Blendkan bawang putih atau boleh juga diketuk. Didadu / dihiris halus pun okay tapi kurang kick sikitlah.

3. Siangkan udang, buang kepala.

4. Gorengkan tauhu sebentar. Potong kepada 8 kepingan.

5. Panaskan minyak kelapa, masukkan bawang putih tadi dan tumis hingga naik bau.

6. Masukkan pes cili, garingkan seketika.

7. Masukkan sedikit garam. Goreng sebati.

8. Masukkan air. Ikut banyak mana, kalau nak lebih kuah, masukkan lebih sedikit.

9. Masukkan telur. Kacau sekejap.

10. Masukkan kueyteow konjac. Masakkan kesemuanya, gaul rata, tengok kepekatan kuah. Boleh rasa ikut citarasa.

11. Masukkan potongan tauhu.

12. Masukkan taugeh.

Selamat Mencuba.



Older post Newer post