PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Corn Dog Cheese Mozarella

Resipi: Corn Dog Cheese Mozarella

CORN DOG CHEESE MOZARELLA

Korean street style corndog, yang mudah disediakan. Bahan utama ialah mozzarella cheese block, kerana kita nak dapatkan texture cheese yang melted bila digigit panas-panas. Ini adalah antara snek yang boleh kita sediakan untuk anak-anak dan senang sebab boleh buat stok frozen juga.


BAHAN

3 cawan beras pulut

air secukupnya ,untuk rebus hotdog

6-7 batang hotdog

2 ½ cawan tepung gandum

1 sudu besar gula

2 sudu kecil baking powder

susu full cream, anggaran 2 cawan

1 biji telur

1 sudu besar serbuk cheese parmesan, optional

1 sudu teh garam

serbuk breadcrumb, anggaran 1 1/2 cawan

cornflakes, anggaran 1 cawan

250g cheese mozzarella blok

lidi satay

sedikit tepung gandum

mayonis

sos cili



KAEDAH: 

1. Panaskan air. Rebus hotdog dalam air mendidih selama 2-3 minit. Angkat dan toskan.

2. Masukkan tepung gandum, gula dan baking powder ke dalam mangkuk.

3. Tuang sedikit susu full cream dan telur. Kacau supaya agak sekata.

4. Tambah susu full cream sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg sesusai.

5. Masukkan serbuk cheese parmesan dan garam, kacau sebati. Rehat adunan dalam peti ais selama 10 minit.

6. Ramas cornflakes sehingga menjadi serbuk kasar. Gaulkan dengan serbuk bread crumbs. Ketepikan.

7. Potong ketulan cheese mozzarella kepada kiub kecil anggaran panjang dan lebar 2cmx2cm.

8. Potong sosej kepada 2 atau 4 bahagian (ikut suka anda).

9. Ambil lidi satay, cucuk sosej dan selang seli dengan cheese mozzarella. Ulang sampai habis.

10. Tabur atau golek-golekkan atas tepung gandum

11. Tuang adunan yang direhatkan tadi ke dalam cawan yang tinggi sehingga hampir penuh.

12. Celup lidi corn dog ke dalam cawan adunan, angkat dan salut dengan serbuk cornflakes dan bread crumbs. Tekan-tekan sikit dgn tangan supaya kemas.

13. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan atas kertas tisu.

14. Boleh hias dengan mayonis dan sos cili.



Older post Newer post