TOLONG BACA INFO PRODUK SEBELUM ORDER / NO URGENT ORDER | MCO BAKER'S AID - 124,570KG TEPUNG, 83,250KG GULA | NORDICWARE BATCH 1 - BELUM SAMPAI MALAYSIA CONTACT
Cart 0

Resipi: Dark Chocolate Cake

Resipi: Dark Chocolate Cake

DARK CHOCOLATE CAKE 

Antara kek yang paling saya suka buat sebab senang & tak banyak kerenah. Peratus nak jadi pun tinggi sebab simple cara buatnya.

Tekstur tak moist sangat macam kek coklat kukus, tapi masih lembap & sedap dimakan dengan chocolate glaze yang sedikit pekat.

BAHAN

2 cawan gula castor
1¾ cawan tepung
¾ cawan serbuk koko (saya guna Hershey’s Special Dark powder untuk dapatkan warna yg lebih hitam)
1½ sudu kecil baking powder
1½ sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
2 biji telur gred A
1 cawan buttermilk
½ cawan butter dicairkan (boleh ganti dengan minyak)
1½ sudu kecil vanilla
1 cawan air panas / kopi (saya guna americano)

KAEDAH: 

1. Ayakkan semua bahan kering ke dalam 1 mangkuk.

2. Masukkan telur, buttermilk, butter dan vanilla lalu pukul dalam kelajuan sederhana agak2 2 minit.

3. Masukkan air panas. (batter memang cair - jangan meraung takut. Memang macam tu).

4. Masukkan dalam loyang 8 inci. Bakar selama 30 atau 35 minit. Periksa dengan lidi untuk tengok masak ke tidak.

**bagi yang tak ada buttermilk, boleh guna salah satu kaedah ini.

Yogurt: campur 3/4 cawan plain yogurt dengan 1/4 cawan air & kacau.

Cream of tartar: campur 1 cawan susu dgn 1 3/4 sudu kecil cream of tartar. Biar 5 ke 10 minit.






Older post