PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Eggless Bread Loaf

Resipi: Eggless Bread Loaf

EGGLESS BREAD LOAF 

Roti tanpa telur ini senang dibuat dan dimakan oleh semua orang terutamanya orang yang mempunyai alahan telur.Teksturnya lembut dan gebu seperti roti yang dijual di kedai bakeri.


BAHAN

3 1/4 cawan tepung gandum 

1 sudu teh penaik roti (bread improver)

1 sudu teh pelembut roti (bread softener)

1 sudu teh  yis

2 sudu besar gula  kastor

1/2 sdu besar garam

1 cawan air

1 sudu besar minyak


KAEDAH: 

1. Ayakkan tepung,pelembut roti dan penaik roti

2. Masukkan yis, kacau sebati.

3. Masukkan gula garam kacau sebati.

4. Setelah sebati, tambahkan air dan minyak. Menguli 10 minit atau sehingga menjadi doh yang tidak melekit.

5. Sapukan minyak dalam loyang, 

6. Letakkan doh roti dalamnya, Tutupkan loyang dengan cling wrap.

7. Tunggu 1 jam atau sehingga kembang dua kali ganda.

8. Bakar pada suhu 225°C selama 30 - 40 minit bergantung pada suhu oven anda. 



***Gunakan air biasa sahaja(bukan suam /sejuk)  

air boleh ditambahkan kalau tidak mencukupi

Potong roti selepas sejuk

Resipi ini jugak boleh digunakan untuk buat bun (suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing)






Older post Newer post