PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Kek Kurma

Resipi: Kek Kurma

KEK KURMA

Kek kurma yang lazat dan senang dibuat tanpa mixer ataupun oven.


BAHAN

1 cawan kurma yang dibuang biji

2 cawan tepung gandum

1 cawan gula perang 

4 biji telur

¾ cawan minyak masak 

2 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder



KAEDAH: 

1. Blendkan telur dan gula sampai kembang. Lepas itu masukkan kurma, esen vanila. Blend sampai sebati.

2. Dalam bekas lain, ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko.

3. Tuangkan bahan yang diblend tadi ke dalam tepung. Kacau. Masukkan minyak dan kacau lagi. 

4. Adunan yang sebati tuangkan ke dalam acuan/loyang. Sebelum tu sapukan minyak pada loyang.

5. Masukkan ke dalam pengukus. Pastikan air dah mendidih duli. Kukus selama sejam atau sampai masak. Kalau bakar suhunya 150' c selama sejam atau sehingga kek masak ikut pada oven masing-masing.



Blendkan telur dan gula sampai betul betul kembang dan hancur

gula perang (kalau taknak manis sangat boleh dikurangkan)

Kalau nak letak kurma sebiji-biji boleh letak atas kek sebagai penyeri. 





“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”









Older post Newer post