PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Kek Lapis Masam Manis Sarawak

Resipi:  Kek Lapis Masam Manis Sarawak

KEK LAPIS MASAM MANIS SERAWAK

Kek lapis yang dikenali sebagai kek lapis Sarawak atau kek lapis moden Sarawak adalah kek berlapis dari negeri Sarawak di Malaysia. Kek ini boleh didapati hampir di mana-mana sahaja di negeri Sarawak, Malaysia. Biasanya Kek Lapis Sarawak akan dihidangkan pada majlis-majlis khas.


BAHAN

200g tepung pau

500g butter

10 biji telur

350g susu pekat manis

30g ovalette

100g seri kaya

100g horlicks

150g serbuk biskut marie

50g coffee mate

150g dairy whipping cream

haw flakes secukupnya

pewarna kuning

pewarna hijau gelap



KAEDAH: 

1.Dalam mixer pukul butter hingga lembut, 

2. Masukkan susu pekat manis mix sebati.

3. Masukkan pula ovalette sambung mix hingga adunan gebu.

4. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil mix sebati.

5. Masukkan seri kaya mix sebati. Kemudian horlicks mix sebati, coffemate mix sebati.

6. Kemudian masukkan pula dairy whipping cream. Mix sebati. 

7. Masukkan serbuk biskut marie. Mix sebati.

8. Akhir sekali masuk tepung pau sedikit demi sedikit & mix hingga adunan gebu,soft peak & tak jatuh.

9. Bahagikan adunan kepada 2 mangkuk letak pewarna.

10. Oles loyang dengan butter dan letak kertas parchment di dasar. 

11. Panaskan sekejap loyang & mula melapis.

12. Lapisan pertama bakar api atas bawahh pada suhu 140° selama 10 minit.

13. Lapisan kedua bakar sampai habis. Bakar api atas sahaja selama 7-8 minit (bergantung pada oven masing-masing)

14. Setiap dua lapisan susun haw flakes.

15. Buat sampai habis semua lapisan.

16. Selepas siap bakar. Sejukkan dulu baru kluarkan dari loyang dan potong

Selamat mencuba🤗


Older post Newer post