PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Kek Pisang Coklat

Resipi:  Kek Pisang Coklat

KEK PISANG COKLAT

Kek pisang lagi sedap dengan coklat belgian.Sesuai sangat makan dengan kopi.


BAHAN

4 biji pisang 

120g brown sugar

115g melted butter. Kau masak kasi cair butter tu n sejukkan.

120g buttermilk. ( 1/2 cup susu + 1/2 sudu makan cuka)

Vanilla esen

160g tepung

25g serbuk koko

1 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh baking soda

1/2 sudu teh garam

80g belgian choc

30g walnut (optional) 



KAEDAH: 

1. Cairkan butter dan biarkan sejuk

2. Dalam bekas lain, hempuk pisang sampai lumat. 

3. Masukkan gula perang, butter yang disejukan dan buttermilk tadi ke dalam bekas pisang.Kacau sebati.

4. Masukkan semua bahan kering.Kacau sehingga sebati

5. Akhirnya, masukkan belgian dan walnut dan kacau.

6. Masukkan dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak.

7. Taburkan walnut dan belgian coklat sebagai topping.

8. Bakar pada 150' c selama 40 - 50 minit atau sehingga kek masak ikut pada oven masing-masing.





Older post Newer post