PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Kuih Siput

Resipi: Kuih Siput

KUIH SIPUT 

kuih tradisional yang tidak asing lagi buat masyarakat Melayu. Dari zaman nenek dan ibu kita lagi kuih ini sudah terkenal dan digemari ramai. Saya gunakan mentega jenama Puteri untuk bancuhan tepung. Mentega sangat penting untuk menjadikan kuih siput rangup dan gebu bila dimakan.


BAHAN

500g tepung gandum

150g majerin

2 sudu besar udang kering

2 ulas bawang putih, hiris nipis

1 sudu besar rempah kari

1 sudu besar serbuk cili

1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis

1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih

1 biji telur

5 tangkai daun kari

1 sudu kecil garam

150 ml air


KAEDAH: 

1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.

2. Cairkan mentega dan sejukkan.

3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.

4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.

5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.

6. Rehatkan doh seketika.

7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.

8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

 



Older post Newer post