PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Light Cheese Cake

Resipi: Light Cheese Cake

LIGHT CHEESE CAKE 

resepi ini sedap guna cream cheese daripada cheddar slice cheese , terasa lemak cheese, kek gebu dan rasa macam mencair dalam mulut.


BAHAN

125g cream cheese

200ml susu segar

70g butter

2biji kuning telur (Gred A)

sedikit esen vanilla

70g tepung gandum (AYAK)

2biji putih telur (Gred A)

70g gula halus



KAEDAH

1. Satukan susu segar + cream cheese , gunakan api perlahan sahaja untuk cairkan cheese, kacau guna whisk, dah sebati, tutup api, masukkan butter, kacau sampai cair dan ketepikan .

2. Ambil bekas berisi putih telur tadi, mix sampai berbuih kasar, masukkan gula halus sikit demi sedikit, mix sampai 'SOFT PEAK' dan ketepikan .

3. Ambil telur kuning + esen vanilla mix 1minit , masukkan adunan cream cheese tadi (GUNA WHISK) dah sebati masukkan tepung gandum, kacau perlahan .

4. Masukkan meringue sikit-sikit , kaup balik sahaja .

5. Bakar guna teknik WATER BATH @ BAIN MARIN, bakar ikut suhu oven masing-masing, saya bakar pada suhu 160c selama 55minit .



- Guna loyang saiz 6/7

- Bila kek dah masak, keluarkan dari oven , biar kek sejuk baru keluarkan dari loyang , nanti keliling kek akan renggang sendiri.

-Teknik [email protected] marin bakar kek guna dua loyang , 1 loyang ada adunan kek , lagi 1 loyang besar sikit berisi air panas 




Older post Newer post