PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Hokaido Cupcake

Resipi: Hokaido Cupcake

HOKAIDO CUPCAKE

Lepas ni korang dah tak perlu nak beli Hokkaido di kedai sebab resepi Hokkaido ini lagi gebu gebas.Selamat Mencuba.



BAHAN

4 biji putih telur 

4 biji Kuning telur 

4 sudu besar gula halus

3 sudu besar gula
   
susu cair setengah cawan( boleh guna dutch lady)

Minyak masak 5 sudu besar

1/2 cawan gandum

2 sudu besar tpung jagung/kastard

Setengah sudu teh baking powder



BAHAN FILLING 

Marjerin 1 sudu

Susu cair 200 ml

1 sudu besar tpung gandum

1 sudu besar kastard

1 biji telur

4 sudu besar gula



KAEDAH

1. Pecahkan 4 biji putih telur (Kuning telur letak dalam bekas lain)

2. 4 sudu besar gula halus. Mixer kan sampai meringue letak tepi. (Mohon yang meringue tu jangan ada bercampur dengan sedikit air @ kuning telur.

3. 4 biji Kuning telur (yang ada dalam bekas tadi) tambahkan 3 sudu besar gula.

4. Kacau je guna whisk (godek-godek )

5. Masukkan susu cair setengah cawan( boleh guna dutch lady)

6. Masukkan minyak masak 5 sudu besar. Sambung kacau guna whisk sampai sebati

7. Ayakkan 1/2 cawan gandum, 2 sudu besar tpung jagung/kastard dan baking powder satu sudu teh.


8. Masukkan tepung yang diayak ke dalam bekas kuning telur dan gula.Kacau guna whisk.

9. Lepas tu campurkan dengan meringue tadi. Kacau sampai sebati.

10. Bakar pada suhu 160 selama 20 minit (ikut oven masing-masing)

11. Untuk filling masuk marjerin, Susu cair, tepung gandum, kastard, 1 biji telur dan gula dan masak sehingga agak-agak pekat (jangan masak lama)

12. Kek tu ambik chopstick untuk buat lubang di tengah. Baru pipe filling kastard tdi. 



“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”


Older post Newer post