PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Masala Vadey Soya

Resipi: Masala Vadey Soya

MASALA VADEY SOYA

Vadai atau (vada, wada, vadey), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India yang diperbuat dari dal dan juga hirisan cili, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.


BAHAN

50g kacang dal direndam 4-5 jam 

2-3 cawan hampas soya.

6-7 tangkai cili padi merah - hiris nipis. Ikut nak pedas byk atau sikit. Boleh juga guna cili kering.

2-3 tangkai daun kari dihiris kecil.

2 biji bawang besar dipotong dadu halus.

1 sudu besar jintan manis.

Garam himalaya secukup rasa.

1-2 sudu besar almond flour



KAEDAH

1. Toskan kacang dal, blendkan guna blender kering bersama jintan. Senang gunakan food processor.

2. Blend halus, ketepikan sedikit yang kasar.

3. Siap blend, gaul rata bersama bawang, cili padi, daun kari, garam & hampas soya.

4. Bentukkan bulat dan leperkan. Kepalkan. Simpan dlm fridge sebentar.

5. Boleh deep fry dengan api medium. Tapi disebabkan saiz vadey ni kecik,  kita goreng guna non stick pan, minyak tak terlalu banyak & hanya terbalikkan kuih sekali sahaja bila bahagian bawah dah agak garing.

6. Boleh tabur daun kari masa goreng.




Older post Newer post