PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Mee Kari Simple

Resipi: Mee Kari Simple

MEE KARI SIMPLE

Resipi mee kari sedap dan mudah dengan kuah kari yang ummppp.

Selamat Mencuba.


BAHAN A 

1 bungkus mee - celur

2 biji bwg besar - kisar

3 ulas bwg putih - kisar

1 serai - diketuk

1 bungkus kecil serbuk kari daging Dan ayam adabi

2 sudu setengah cili kisar

2 dada isi ayam saya gunakn

Separuh santan kotak besar,agk2..

Fish cake / Fish Ball

Telur rebus

Taugeh - celur

Sawi - celur

Sambal Cili

Kacang Panjang celur


KAEDAH


1. Panaskan periuk letak minyak dan masukan rempah sekawan , goreng serai sebentar.

2. Kemudian masukkan bahan kisar.

3. Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan.

4. Masukkan rempah kari 1 packet kecil.

5. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak.

6. Masukkan santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair) 
Biar kuah mendidih.

7. Perasakan garam dan perasa meggi untuk seimbangkan rasa.

8. Akhirnya, tambahkan  fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap dah siap.


Selamat Mencuba.


Sambal

15 tangkai cili kering kemudian rebus sekejap, bila dah masak / kembang, blend bersama 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan secubit gula.




“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”




Older post Newer post