PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Nasi Goreng Sotong / Fried Caulirice

Resipi: Nasi Goreng Sotong / Fried Caulirice

NASI GORENG SOTONG/ FRIED CAULIRICE 

Sama seperti nasi goreng tapi gantikan nasi dengan cauliflower. Menu yang sihat ini sedap dimakan dan kalori rendah. Selamat Mencuba.


BAHAN

400g cauliflower ( disagat ) 

50ml minyak kelapa

200gm sotong 

1 labu bawang besar ( dihiris nipis )

Garam pink himalaya  ( secukup rasa )

Sayur - sayuran

Telur (optional)

Sedikit kicap


BAHAN UNTUK KISAR

2 biji cili merah

6-7 biji cili kering

1-2 cm kiub belacan (optional)

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih


KAEDAH

1. Masukkan sotong ke dalam kuali (tanpa menggunakan minyak), biarkan seketika supaya air sotong yang berlebihan keluar.

2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bahan bahan kisar hingga agak garing dan wangi. Masukkan garam.

3. Biarkan seketika, kemudian masukkan sotong dan sayur - sayuran. Masukkan caulirice, goreng sehingga masak. Masukkan telur (optional).

4. Gaul rata, rasa masinnya. Sedia untuk dihidangkan.






Older post Newer post