PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Nutella Gunung Berapi

Resipi: Nutella Gunung Berapi

NUTELLA GUNUNG BERAPI  

Kek yang rangup, sedap dan melty dalam mulut. Selamat Mencuba.


BAHAN A (BASE)

2 sudu kecil baking powder

2 cawan oat

2 cawan tepung gandum – ayak

1 cawan gula perang

170 gram butter


BAHAN COKLAT (FILLING) - CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER


1 cawan coklat compound (saya guna brand beryl's)

½ cawan whipping cream Anchor UHT


HIASAN NUTELLA

Untuk dipaipkan di atas coklat filling dan atas kek setelah dimasak (yang ini takde sukatan,terpulang nak byk mana)




KAEDAH

1. Putar gula perang dan butter sehingga sebati

2. Masukkan tepung gandum, baking powder dan gaul sebati

3. Masukkan oat gaul sebati

4. Masukkan ¾ base adunan ke dlm loyang 8 inci dan tekan sampai padat

5. Masukkan coklat filling yg telah cair dan ratakan di seluruh loyang

6. Paipkan 2 sudu besar nutella di atas coklat filling.

7. Masukkan adunan tepung oat yg selebih ke dlm loyang dan sapu rata serta mampatkan.

8. Bakar dalam suhu 160 darjah selama 40 minit atau sehingga kek bewarna keperangan.

9. Setelah masak, biarkan kek sejuk supaya mudah utk dipotong.

10. Paipkan nutella di atas kek.



TIPS

1. Masukkan kek ke dalam peti ais bagi proses memudahkan kek dipotong.

2. Kek yang rasa sejuk-sejuk lebih sedap dimakan.Rasanye lebih rangup. 

3. Nak sedap lagi, part bahagian atas letaklah almond flakes. Bakar bersama dengan kek. Rasanye lebih umphhh sebab rasa almond bercampur oat.




“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a discrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”



Older post