PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Omelette dengan Beef Bacon

Resipi: Omelette dengan Beef Bacon

OMELETTE DENGAN BEEF BACON

Resepi ini adalah versi sihat dan sesuai sangat untuk orang yang mengamalkan keto diet. Selamat mencuba.


BAHAN

2-3 biji telur

3 sudu besar whipped cream/ mushroom carbonara

sedikit garam himalaya

keju parmesan/ mozarella/ cheddar (optional)

minyak kelapa

1-2 biji Bawang merah didadu

Cili padi (kalau nak pedas)

1/3 cawan beef bacon/ daging kisar/ isi ayam/ daging leftover pun boleh 

Sedikit capsicum/ lada benggala hijau/ merah, dihiris nipis (optional)

1/4 sudu teh serbuk lada hitam



KAEDAH

1. Panaskan minyak kelapa di dalam kuali non stick dan tumis bawang sehingga naik bau.

2. Masukkan beef bacon, lada hitam dan sedikit garam. Masakkan sebentar.

3. Masukkan capsicum dan kacau selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.

4. Dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak kelapa dan tuang bancuhan telur tadi. Masak di atas api yang perlahan.

5. Kacau dan balik-balikkan di tengah telur yang cair supaya masak sekata pun boleh.

6. Kemudian taburkan dengan bahan tumisan tadi di setengah bahagian telur sahaja supaya proses melipat telur menjadi mudah. Taburkan juga dengan cheese pilihan anda.

7. Lipat telur dan masak setiap bahagian selama 1-2 minit. Angkat dan hidangkan.





Older post Newer post