PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Keto Moussaka

Resipi: Keto Moussaka

KETO MOUSSAKA 

Keto Moussaka, guna terung, cheese, white sauce tak guna tepung tapi ganti dengan santan.


BAHAN

Sedikit coconut oil

2 biji telur

3/4 cup plain Greek yogurt/ pes santan kotak

2 biji terung/eggplant

1-2 susu besad himalayan salt

1 sudu besar olive oil

1 biji bawang besar, finely chopped

400g daging cincang

1 sudu besar bawang putih cincang

1 biji tomato dicincang halus

1/2 sudu kecil dried coriander

1/2 sudu kecil dried oregano

1/4 sudu kecil ground cinnamon

1/4 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu kecil black pepper

1/2 cawan shredded Mozzarella/cheddar cheese



KAEDAH

1. Potong terung dalam 2-3cm nipis, gorengkan sebentar. Toskan dan ketepikan. Kalau nak bake pun boleh, ikut kesukaan masing masing.

2. Panaskan minyak, tumiskan bawang, kemudian masukkan daging, masak sehingga daging keperangan.

3. Masukkan tomato, coriander, oregano, serbuk kunyit, garam & black pepper. Masak sehingga agak kering, lebih kurang 10 minit. Tutup api & ketepikan.

4. Pukul telur, yogurt/santan, sedikit garam & sedikit black pepper sehingga jadi krim (white sauce). Ketepikan.

5. Panaskan oven 260C, gunakan foil tray/pan, ratakan minyak zaitun. Susun terung yang dah digoreng tadi dalam pan/tray. Senduk adunan daging dan ratakan atas terung yg disusun.

6. Letak 1-2 sudu layer krim tadi di atas lapisan daging. Susun semula terung & ulang proses yg sama.

7. Taburkan cheese utk lapisan paling atas.

8. Bake dalam oven suhu 180-190C, uncovered, 40-45 minutes, sehingga masak dan bahagian atas keperangan.

9. Sedia untuk dihidangkan.



Older post Newer post