PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Oreo Red Velvet Cheese Cake

Resipi: Oreo Red Velvet Cheese Cake

OREO RED VELVET CHEESE CAKE

Resepi ini sangat mudah untuk dibuat, super sedap, tak muak dan rasanya macam makan aiskrim. Yang menariknya, cheesecake ni tak perlu guna telur dan tak perlu dibakar. Perlu masuk fridge sahaja semalam. Esoknya dah boleh keluarkan. Kalau tak jumpa Red Velvet Oreo yang Limited Edition, boleh je guna Regular Oreo yang banyak dijual di pasaraya.


BAHAN

Base kek 

14 keping Oreo Red Velvet (biskut sahaja, asingkan creamnya)

80g butter (dicairkan)



Bahagian Cream Cheese 

500g cream cheese

250ml whipping cream

50g gula icing

10g serbuk gelatin

Cream oreo yang diasingkan

6 biskut oreo (dicincang kasar)


Lapisan atas PINK

200ml whipping cream

25g gula icing

2g serbuk gelatin

Sedikit red velvet emalco @ pewarna merah/pink



KAEDAH

Base Kek

156145686_1109935199472075_743372402594643297_n.jpg

1. 80g butter ditimbang dan kemudian cairkan  dan cair ketepikan seketika.

156897211_1109934269472168_3859008495499361187_n.jpg            

2. Untuk base kita guna 1 pack oreo red velvet. Asingkan biskut dan cream. Biskutnya kena hancurkan.

157679492_1109934039472191_4901940063079038431_n.jpg

3. Bila biskut dah hancur boleh tuangkan butter yang dicairkan tadi, gaul sekata.

155987634_1109933932805535_6835704196823455868_n.jpg

4. Dah sekata kemudian tekan di dalam loyang supaya rata. Siap simpan dalam peti ais sekejap.Guna loyang bulat 8 inchi. 


Bahagian Cream cheese

156833019_1109934286138833_8135234297932590004_n.jpg

1. Cairkan 10g serbuk gelatin halal, masukkan 5 sudu teh air panas dan kacau hingga larut. Kemudian rendam bekas tu dlm air panas supaya gelatin terus cair.

155347520_1109934186138843_8183881878976986315_n.jpg

2. 500g cream cheese - gaul sekata.Seeloknya biarkan pada suhu bilik sejam sebelum guna baru senang nak kacau.

158348430_1109933629472232_9209089286894830040_n.jpg

3. Dalam bekas lain, putar 250ml whipping cream dan 50g gula icing hingga kental.

156568234_1109933846138877_7143463570673898832_n.jpg

4.Masukkan 1sudu besar air panas ke dalam krim oreo tadi. Kemudian kacau hingga sebati. 

156170347_1109934149472180_7144127643289802755_n.jpg

5. Kemudian masukkan krim oreo, whipping cream tadi dalam adunan cream cheese. Kacau sebati.

156239371_1109935136138748_8166466510824203524_n.jpg

6. Setelah sebati masukkan gelatin yang dicairkan tadi. Kacau sebati.

156507221_1109933959472199_89908826052405884_n.jpg

7. 6 biskut oreo red velvet dicincang kacar dan masukkan dalam adunan cream cheese.

158392241_1109933729472222_8971074345098770422_n.jpg

8 .Gaul sekejap agak - agak sekata.

156236469_1109933986138863_6535113350803190932_n.jpg 

156941914_1109933826138879_6244799709826318541_n.jpg

9. Kemudian masukkan adunan cheese ke atas base tadi. Ratakan dan masukkan dalam peti ais.


Lapisan Atas Pink

155305328_1109936269471968_2702894436222447324_n.jpg

1. 2g serbuk gelatin + 4 sudu teh air panas. Larutkan serbuk gelatin dan rendam bekas dalam air panas dulu, ketepikan.

 157825241_1109933796138882_3398396282797315863_n.jpg

2. Putar kental 200ml whipping cream, 25g gula icing dan sedikit red velvet emulco atau pewarna merah/pink. 

158070835_1109933869472208_1956710258105694967_n.jpg

3. Kemudian bila dah sekata masukkan gelatin dan putar sekejap lagi.Tuangkan atas adunan cream cheese tadi.

155469508_1109936249471970_8725634745358107463_n.jpg

157669332_1109934086138853_5310281295288232945_n.jpg

4. Kalau ada gelembung udara jangan risau, guna lidi atau chopstick cucuk dan gelembung itu. Bila siap masukkan dalam peti ais 5 jam atau semalaman. 

156592636_1109933916138870_8236500670915735109_n.jpg 

156808416_1109933742805554_6992921917687975918_n.jpg

5.Selepas semalaman keluarkan dan guna tuala yang direndam air panas.Kemudian lilit tepi loyang. Dengan cara ini kek di tepi loyang mudah tanggal. 

Selamat Mencuba.




Older post Newer post