PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Pasta Alla Norcina

Resipi: Pasta Alla Norcina

PASTA ALLA NORCINA 

Sejenis creamy pasta sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.


BAHAN


350g penne / pasta lain jenis pendek

3 Italian sausage / homemade sosej ayam 

1/2 biji bawang besar dipotong kiub

2 ulas bawang putih dicincang 

200ml cooking cream / whipping cream

1/2 gelas stock ayam / 1/2 gelas air rebusan pasta & 1 kiub ayam

1 sdm jus lemon

50g pecorino cheese (cheddar & parmesan pun boleh)

3-4 sudu makan minyak zaitun 

1 sudu teh garam

1 sudu teh lada hitam 



KAEDAH

190452598_4379163662115532_7340028763322577435_n.jpg 

190635998_4379160922115806_4895889984873349776_n.jpg

1. Rebus pasta selama 12-15 minit hingga lembut. Ikut arahan di pembungkus. Simpan air rebusan pasta sebanyak 1/2 - 1 gelas


190500003_4379159345449297_1418705570829438055_n.jpg 

2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar hingga lembut & masukkan bawang putih. 


192994445_4379164808782084_2973573101841289642_n.jpg 

190482874_4379161945449037_8438582161807644644_n.jpg

3. Keluarkan ayam dari sarung sosejnya. Masukkan ayam & kacau sambil pecahkan isinya. FYI sosej jenis ni siap berperisa dengan herbs, bawang, spice & capsicum. Masak hingga ayam sedikit keperangan. Kalau tak jumpa Italian sausage jadi akak perasakan dengan 1/2 sudu teh Italian herbs 

192356456_4379163652115533_4617398529291071430_n.jpg 

192988899_4379163172115581_8062575042769372858_n.jpg

4. Masukkan jus lemon, cooking cream, cheddar, stock ayam / air rebusan pasta & kiub ayam. Kacau sebati & balancekan rasa dengan garam & lada hitam.


194577971_4379163272115571_8138642548545626340_n.jpg

193593996_4379164455448786_3120753171575211902_n.jpg

5. Bila dah mendidih masukkan pasta. Gaul rata. Tambah air rebusan pasta jika perlu.


190627846_4379163085448923_6642304556363865828_n.jpg

6. Hidangkan panas-panas kerana kuah pasta akan menjadi pekat bila sejuk. Jika suka pedas tambah lada hitam & chili flakes. Pasta ni tak perlu tabur apa-apa herbs. 


Selamat mencuba.






Older post Newer post