PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Roti Gulung Ala Sushi

Resipi: Roti Gulung Ala Sushi

ROTI GULUNG ala SUSHI 

Menu yang sangat sesuai dihidang pada waktu petang.Selamat Mencuba.


BAHAN  

8-10 keping roti tawar leperkan

Minyak utk menggoreng

2-3 keping seaweed potong 4


BAHAN INTI

2 ketul sosej dicelur, potong sebesar mancis memanjang 

4 ketul crab stick dicelur, dihiris memanjang

1/2 biji timun jepun, buang biji, hiris panjang

1/2 biji carrot, potong sebesar mancis 1/2cm memanjang dicelur


BAHAN SAPUAN

3 sudu makan mayonis

1 sudu teh jus limau nipis 

1/2 sudu teh susu pekat manis


BAHAN PENCELUP

1 bj telur dipukul ringan 

30g serbuk roti oren

Sos (kacau rata)

50g mayonis

1/2 sudu makan sos cili

1/2 sudu makan sos tomato



KAEDAH

199805478_4418512254847339_6658863923005014982_n.jpg

1.Campurkan bahan sapuan iaitu mayonis, jus limau & susu pekat, sejukkan didalam peti sejuk


200009790_4418512374847327_5604870472807758326_n.jpg 

203681106_4418512911513940_6567846483734676289_n.jpg 

2.Ambil sekeping roti sapukan bahan sapuan.


199359057_4418513374847227_5276155185020413164_n.jpg 

199962157_4418512674847297_7899599496389815022_n.jpg 

201997923_4418513274847237_4596971110198842861_n.jpg

3.Lapiskan dengan seaweed. Letakkan bahan inti, gulung kemas & lekatkn telur dihujungnya.


195881738_4418511998180698_2750745977786018275_n.jpg 

196623085_4418513398180558_1165872724800698110_n.jpg

4.Celupkan ke dalam telur, salutkan dengan serbuk roti.


197769906_4418512414847323_6313284352685313168_n.jpg

5.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuningan atau panaskan air fryer 2,3min pada suhu 160c & AF selama 7min. Hidangkan bersama sos.




“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”





Older post Newer post