PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Sri Kaya Original

Resipi: Sri Kaya Original

SRI KAYA ORIGINAL

resipi seri kaya ini mudah dibuat dan tak perlu prosedur yang rumit, dan tak de pantang larang pun.Selamat Mencuba.


BAHAN

500g Santan Pekat

500g Air (ikut pada kepekatan)

50g Gula merah

100g Gula melaka asli (yang gula melaka biasa pon boleh)

100g gula pasir(ikut kemanisan sendiri)

6 biji telur

4 sudu besar tepong jagung

vanila sedikit bagi hilang hanyir

Daun pandan 2 helai (simpulkan)

Garam secukup rasa



KAEDAH


193761075_494363728560331_7391092678804984379_n.jpg189819872_494363811893656_8023109298193198820_n.jpg190849711_494363778560326_8053786355041103554_n.jpg
1. Masak gula merah + gula melaka + gula pasir bersama 1 cawan air. Didihkan sampai gula hancur dan tapiskan bagi buang habuk dari gula.

2. Telur bagi kocok sebati

3. Dalam kuali satukan santan pekat + air + air gula melaka + tepong jagung + daun pandan .Kacau sampai tepong jagung tidak berketul dan larut sepenuhnya.

4. Pastikan api sederhana, Sambil kacau bancuhan..masukkan telur sampai hbis sambil dikacau supaya telur sebati sepenuhnya.

5. Perasan dengan garam.  Rasa ikut kesedapan masing-masing. 


                                    189620315_494363705227000_6179936543421339141_n.jpg
6. Terus kacau sampai didih (bubble) . Kacau dalam 15minit supaya santan masak sepenuhnya. Tekstur seakan pekat dan berkilat.


Selamat Mencuba.

Santan - proses kelapa sendiri

Gula Merah - menaikan warna brown

Gula Melaka Asli - rasa berlemak kelapa




Older post Newer post