PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Tauhu Bergedil

Resipi: Tauhu Bergedil

TAUHU BEGEDIL 

Menu yang sangat sesuai dihidang pada waktu petang.Selamat Mencuba.


BAHAN  BEGEDIL:

Tauhu kering 12 biji

Ubi kentang 6 biji

Isi ayam (direbus & dipotong kecil - boleh juga guna ayam / daging cincang)

daun sup 

daun bawang secukupnya

bawang goreng secukupnya

cili besar merah 

perasa


BAHAN PENCELUP

telur 2 biji

1 sudu besar tepung jagung ( untuk rangup )

secubit garam



BAHAN SAMBAL KICAP 

cili padi merah + hijau 20 tangkai

bawang merah 2 biji

bawang putih 4 ulas

limau nipis 1 biji

kicap secukupnya

sedikit air



KAEDAH

192496662_4064734556925583_8873310423231114527_n.jpg

1.Ubi kentang dipotong & dibasuh bersih, tauhu dibasuh bersih dan
keluarkan isi tauhu utk dicampur ke dlm begedil nanti.


195663317_4064734000258972_6189777011031654166_n.jpg

2.Goreng ubi kentang sehingga empuk.

195215963_4064734703592235_8750345515874964427_n.jpg

3.Campurkan ubi kentang yang dilenyek, daun sup daun bawang, bawang goreng, isi ayam, isi tauhu ke dalam 1 bekas.

195564005_4064734786925560_1423004748032347756_n.jpg

4.Perasakan dgn serbuk perasa & gaul semuanya.

193414345_4064734303592275_7169972964083109124_n.jpg

5.Sumbatkan inti ke dlm tauhu sehingga penuh dan ketepikan.

195880216_4064733843592321_5973462305267346971_n.jpg

6.Untuk celupan pukul 2 biji telur & tepung jagung campur sedikit air sehingga sebati.

195407167_4064734070258965_2482485818817196115_n.jpg

7.Panaskan minyak,  celupkan tauhu begedil ke dalam telur & goreng.

195087906_4064734153592290_3682610767659515538_n.jpg

8.Untuk sambal kicap, goreng cili padi, bawang putih, bawang merah & limau nipis sehingga masak dan kisar bersama kicap & sedikit air dan sedia untuk dimakan.


 


“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”




Older post Newer post