PLEASE READ ITEM INFO / NO URGENT ORDER | PJJ INTERNATIONAL DESSERTS 162+ resipi (RM20) PROMOSI PKP CONTACT
Cart 0

Resipi: Tomyam Udang dan Sayur

Resipi: Tomyam Udang dan Sayur

TOMYAM UDANG DAN SAYUR 

Resipi sedap untuk Tom Yam Udang Ala Thai.


BAHAN

350g udang saiz sederhana 

Sedikit minyak kelapa

4 cawan air atau secukupnya

6 batang serai (separuh untuk diblend, separuh lagi untuk dititik)

10 hiris lengkuas (dipotong menjadi bulatan nipis separuh untuk diblend)

2-3 inci halia (separuh untuk diblend, separuh lagi dihiris nipis untuk kuah)

6-10 helai daun limau purut

Cili padi merah, secukup rasa (separuh untuk diblend, selebihnya untuk dimasukkan dalam kuah)

Cili merah (diblend)

1 labu bawang putih (setengah untuk diblend, separuh lagi untuk dimasukkan dalam kuah)

1-2 biji bawang merah (diblend)

Bawang besar dipotong kasar 

2 sudu santan

½ peket cawan cendawan tiram (ikut nak banyak mana)

1 pek cendawan inoki

Sedikit kubis bunga

Sedikit lobak merah

Sedikit baby corn

Sedikit buah tomato

1 sudu perencah tomyam (optional)

garam himalaya secukup rasa

1 cawan air limau nipis dicampur dengan lemon (boleh kurangkan)

Segenggam hirisan daun ketumbar

 

KAEDAH

1. Siang udang & ketepikan.

2. Blend bahan : cili merah, sedikit bawang merah, bawang putih, cili padi, serai, lengkuas, halia, blend sehingga halus.

3. Panaskan minyak kelapa, masukkan bahan yang diblend. Biarkan seketika.Bagi cili agak kering sedikit. Masukkan perencah tomyam juga jika mahu.

4. Masukkan udang.

5. Masukkan sedikit air & air perahan limau / lemon.

6. Masukkan daun limau purut & serai yang dititik. Masukkan semua bahan lain yang dihiris tadi.

7. Masukkan cendawan dan sayuran. Biarkan mendidih seketika.

8. Masukkan santan.

9. Perasakan kuah dengan garam himalaya.

10. Kacau sehingga masak dan akhir sekali tutup api dan masukkan hirisan daun ketumbar.



Older post Newer post