PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

Resipi: Udang khamped

Resipi: Udang khamped

UDANG KHAMPED

Resipi sedap dan mudah untuk Udang Khamped. Udang khamped merupakan sebuah menu terkenal yang berasal dari Siam. Selamat Mencuba.


BAHAN A (BLEND HALUS)

2 biji bwg besar

5 ulas bwg putih

1 inci halia

1/2 inci lengkuas

2 btg serai potong halus

2 biji cili hidup (merah)

5 biji cili api (hijau)


BAHAN B

2 sudu makan cili kisar

1 sudu makan pes tomyam

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan sos cili

1 sudu makan sos ikan

1 keping asam keping

Kacang panjang (optional)

BAHAN PERASA

Garam

Gula

HIASAN

Daun limau purut



KAEDAH

1.Panaskan minyak, goreng udang.

2.Tumis bahan A yang diblend hingga naik bau.

3.Masukkan cili kisar masak sampai pecah myk, masuk sos tiram, asam keping, sos cili & sos ikan.

4.Masak hingga mendidih.Jika kering masukkan air.

5.Tambahkan gula dan garam ikut citarasa anda.

6.Masuk udang, masuk kacang & daun limau purut.

Selamat Mencuba.





“As indicated above, this recipe / tip is a republished post. The rightful owner is credited. If there is a disrepancy, please contact us. We are not affiliated nor have we received any payment for this post.”






Older post Newer post