
Agak susah untuk membeli kek mentega tulen (pure butter), jadi kami agak terkejut apabila Kak Faiza dari Magic Oven Cakes mengirimkan sebiji kek yang dibuat dengan mentega Wijsman. Seperti semua kek unik dia, kek ini juga dibakar dalam loyang Bundt (Bundt pan).
Tekstur kek masih embut walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Walaupun kami mencuba beberapa slice tanpa apa2 topping atau krim, kami juga makan beberapa slice dengan sour cream dan ini memang memberi rasa yang sangat sedap dan berbeza daripada kek butter biasa.
Dengan atau tanpa topping / hiasan, kek mentega ini tidak terlalu manis dan sesuai dengan secawan teh panas.
Bagaimanakah mentega tulen berbeza daripada jenama seperti buttercup? Baca POST INI untuk mengetahui lebih lanjut.
Ini adalah sebiji kek yang tak tahan lama. Bukan dari segi bahan, cepat habis sebab sedap sangat2. Sampai hari Rabu, hari Jumaat sudah habis. Sudah lebih dari lima tahun sejak suami dan saya makan apa-apa yang dibuat dengan Wijsman jadi ini memang hadian yang sangat istimewa untuk kami berdua. Terima kasih banyak, kak Faiza.
Kek Magic Oven disediakan di kawasan Cyberjaya / Bukit Jalil. Faiza juga menghantar kek premium butter dan kek lapis melalui GDex.
Kak Faiza boleh dihubungi melalui Instagram | Facebook.
Rating saya 5/5 #SupportLocal
Untuk senaraikan produk anda di sini, tolong rujuk SINI | Untuk senarai baker satu Malaysia, tolong klik SINI