JOM SERTAI CHILLAX BAZAAR RM20 / RM40 UNTUK SATU PRODUK | HARGA PROMOSI PJJ INTERNATIONAL DESSERTS RM60 MAKLUMAT LANJUT
search

Review Produk: Sugar Cookies oleh Jojie & Jess

IMG_8351.jpg

Sugar cookies ni nampak senang kan? Tambah pewarna, conteng sikit, beres. Nampak macam tula kan. Kalau anda cuba sendiri, anda tahu tahap usaha untuk menghasilkan satu biskut ini adalah sangat tinggi. 

Biskut berlalu dibakar. Kemudian royal icing menggunakan putih telur dan gula aising perlu dicairkan pada tahap berlainan untuk mendapat kepekatan berlainan untuk satu biskut. 

Kerja Sha dari Jojie & Jess (Pulau Pinang) memang sangat cantik, kemas dan dijual dengan harga berpatutan. Sha menjual fancy cookies dia secara "gift box" dan secara berasingan untuk doorgift majlis kahwin atau jamuan korporat. 

Sha juga menghasilkan macaron, cakesicle dan pretzel secara customised dengan harga RM2.50 - RM8.00 untuk satu. Selain dari itu, Sha menjual "DIY Sugar Cookies Kit" yang sesuai untuk kanak-kanak atau orang yang hendak bermula dengan hiasan sugar cookies. 

Maklumat lanjut tentang produk Jojie & Jess boleh dibaca di laman Penang Foodie. Sha boleh dihubungi melalui Instagram | Facebook

Rating saya 5/5 #SupportLocal


Untuk senaraikan produk anda di sini, tolong rujuk SINI | Untuk senarai baker satu Malaysia, tolong klik SINI



Older post Newer post

Your cart is currently empty.

Continue shopping