PLEASE READ PRODUCT INFO IN FULL / NO URGENT ORDER CONTACT
Cart 0

SIAPA

Sesuai untuk peniaga kecil atau homebaker yang tak ada website sendiri / tak tahu buat website sendiri / tak ada masa nak maintain website sendiri / tak berapa faham nak guna social media untuk iklankan produk anda. 


BAYARAN
Tiada komisen. Tiada bayaran bulanan. Tiada caj lain. 

Kos shipping dan delivery ditanggung oleh customer. 


APA YANG TIDAK BOLEH DIJUAL?

Semua peniaga kecil / produk / baker diterima KECUALI YANG MENJUAL: 

Produk kesihatan yang TIDAK ADA sijil KKM.  

Produk yang sudah diguna (secondhand / preloved) 

Arak 

Rokok 

Perkhidmatan seperti top-up

Senjata 

Pakaian / Mainan berunsur seksual 

Makanan sejuk tidak boleh post / courier tanpa dry ice


APA YANG VENDOR AKAN DAPAT? 

1. Page produk untuk setiap produk. Contoh: PAGE PRODUK


BAGAIMANA

1. Produk anda akan disenaraikan di website Chillax Ice Station. 
2. Customer akan pesan dan buat bayaran. Buat masa sekarang masa pre-order adalah 7 hari. Kalau anda memerlukan lebih masa, tolong bagi tahu masa sign up. 
3. Pesanan, maklumat customer dan bayaran akan dihantar kepada anda dalam masa 1 hari bekerja.
4. Customer boleh pilih untuk pick up dari anda atau kalau anda sediakan delivery, hantar ke customer yang order. Kalau barang sesuai post / courier, pilihan itu akan ditambah di produk anda. 


Isikan borang, DI SINI, hantar maklumat yang diminta (terutamanya info produk, gambar dan harga). 

Tolong bagi maklumat secukupnya, lagi cepat maklumat penuh diterima, lagi cepat kita boleh upload, lagi cepat boleh diiklan, lagi cepat anda terima order.